Tuesday 7 March 2017

Granville Island, Vancouver (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Mendengarkan bandar Vancouver mempunyai sebuah pulau kecil sudah pasti ramai yang terkejut dan mungkin tertanya-tanya akan kesahihanya. Granville Island ialah sebuah pulau yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Vancouver dan di bawah penghujung jambatan Granville (Granville Bridge). Satu masa dahulu Granville Island dijadikan kawasan perindustrian tetapi pada hari ini ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong.

Granville Island menempatkan ratusan premis perniagaan antaranya ialah restoran, kafe, marina, pasar awam, galeri seni, dewan teater dan hotel. Selain itu terdapat banyak gerai yang menjual kraftangan tempatan. Selain menaiki kereta, terdapat beberapa cara lain untuk datang ke Granville Island. Pengunjung boleh menaiki bas dan bot awam, berbasikal atau dengan hanya berjalan kaki dari pusat bandar. Melalui pemerhatian saya, pelancong lebih gemar berjalan kaki daripada menggunakan pengangkutan awam yang lain.

Cuaca agak baik semasa kedatangan saya ke Granville Island dengan suhu antara 0 dan -6 darjah Celsius serta langit yang membiru membuatkan banyak gambar telah saya rakamkan. Entri pada kali ini dibahagikan kepada dua bahagian dan saya berharap anda terhibur melihat gambar-gambar yang disertakan di sini.


Pintu gerbang untuk memasuki Granville Island.


Taman permainan yang berlatar belakangkan jambatan Granville.

Tasik yang beku.


Suasana pada waktu pagi.














Tempat untuk menghantar dan mengambil penumpang bot yang datang dari tempat yang berlainan.


Peta menunjukkan laluan feri yang menggunakan anak sungai ini.


Gunung ganang, sungai dan pusat bandar, semua pemadangan indah ini dapat dirakamkan dalam satu gambar. Begitulah uniknya Vanvouver.


Antara bot kecil yang penumpang naiki untuk datang ke Granville Island.

Di belakang saya ialah sungai yang diberi nama False Creek.


False Creek.


Marina yang menempatkan ratusan bot mewah persendirian. Di sini juga terdapat perkhidmatan menyewa bot.

Nanti entri bahagian dua yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment