Friday 4 November 2016

Spokane, Washington, Amerika Syarikat (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas bermalam di Coeur d'Alene, Idaho, hari ini kami menyambung perjalanan seterusnya menuju ke Seattle, Washington. Masa pemanduan boleh dikira agak singkat iaitu lebih kurang 10 jam (termasuk berhenti sebentar di Spokane, North Bend dan Everett).

Jarak antara Coeur d'Alene dan Spokane ialah 30 kilometer dengan masa pemanduan selama 35 minit menggunakan lebuh raya I-90 W.

Jelak melihat salji yang seharian turun pada hari semalam, hari ini pula cuaca menyebelahi kami. Walaupun nampak panas terik tetapi masih dingin dan suhunya juga agak rendah. Cuaca yang baik membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyambung pemanduan kerana dapat melihat pemandangan dengan lebih jelas sekaligus saya juga dapat merakamkan gambar dengan lebih banyak lagi.

Di dalam perjalanan dari Coeur d'Alene ke Spokane.


Lebuh raya I-90 W.






Melepasi sempadan negeri Washington.








Memang pernah diceritakan sebelum ini yang saya gemar mengambil gambar kenderaan polis, bomba, ambulan di setiap bandar yang saya lawati. Ini pula ialah kereta polis bandar Spokane.




Spokane ialah bandar kedua terbesar di negeri Washington selepas Seattle. 15 keping gambar di bawah ini dirakamkan di pusat bandar dan ia akan bersambung ke bahagian kedua tidak lama lagi.
































Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010

No comments:

Post a Comment