Friday 11 November 2016

Pemanduan Dari Spokane Ke Ellensburg, Washington, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas bermalam di Coeur d'Alene, Idaho, hari ini kami menyambung perjalanan seterusnya menuju ke Seattle, Washington. Masa pemanduan boleh dikira agak singkat iaitu lebih kurang 10 jam (termasuk berhenti sebentar di Spokane, North Bend dan Everett).

Jarak antara Coeur d'Alene dan Spokane ialah 30 kilometer dengan masa pemanduan selama 35 minit menggunakan lebuh raya I-90 W.
Spokane (Bahagian 1)
http://sharery.blogspot.my/2016/11/spokane-washington-amerika-syarikat.html
Spokane (Bahagian 2)
http://sharery.blogspot.my/2016/11/spokane-washington-amerika-syarikat_9.html

Jelak melihat salji yang seharian turun pada hari semalam, hari ini pula cuaca menyebelahi kami. Walaupun nampak panas terik tetapi masih dingin dan suhunya juga agak rendah. Cuaca yang baik membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyambung pemanduan kerana dapat melihat pemandangan dengan lebih jelas sekaligus saya juga dapat merakamkan gambar dengan lebih banyak lagi.

Entri kali ini saya berkongsi dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan di dalam perjalanan dari Spokane ke Ellensburg. Apa yang dapat dilihat ialah penduduk tempatan di sini ramai yang berkecimpung di dalam bidang pertanian berskala besar. Jarak antara Spokane dan Ellensburg ialah separuh daripada jarak antara Spokane dan Everett.

Kemuncak perjalanan sebelum tiba di Ellensburg ialah semasa menyeberangi Sungai Columbia. Pemandangan di sekitar adalah sungguh indah dan berbeza dari gambar yang bakal anda lihat di bawah ini.





Fishtrap jika dialih kepada bahasa Melayu? 






Kereta api yang dilihat dari jauh seakan seperti ulat bulu.




Jalan raya bercabang empat.


Semasa gambar ini dirakamkan, kapal terbang sedang berlegar-legar di udara bagi membaja tanaman.


Ramai juru terbang di Amerika Syarikat dan Australia yang menerbangkan pesawat pertanian (crop dusting) ialah petani yang memiliki ladang itu sendiri.


Masih boleh kelihatan gunung ganang yang bersalji.




Tasik Wanapum (Lake Wanapum) ialah sebuah empangan yang terletak di Sungai Columbia, Washington. 






Pemandangan di sini begitu indah dan sukar untuk di gambarkan lagi dengan kata-kata.




Menyeberangi Sungai Columbia dengan menggunakan Jambatan Vantage (Vantage Bridge) di lebuh raya I-90 W.








Saya memang tidak gemar meliaht sikap pemandu trak yang suka berlumba-lumba dan melebihi had laju. Jauh bezanya dengan pemandu trak di Australia yang lebih berdisplin semasa memandu.




Pemanduan kami semakin hampir menuju ke pergunungan bersalji.


Pemanduan kami semakin hampir menuju ke pergunungan bersalji.












Conoco dan Loves merupakan antara stesen gas (stesen minyak) yang terkenal di Amerika Syarikat.






Ellensburg.


Hati melonjak gembira kerana kami akan tiba di Everett dalam beberapa jam sahaja lagi. Nantikan entri seterusnya selepas ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010


No comments:

Post a Comment