Friday 12 August 2016

Mount Rushmore, South Dakota (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas menikmati sarapan dan daftar keluar hotel, kami memulakan pemanduan sekitar jam 9.40 pagi. Destinasi yang dituju ialah Mount Rushmore yang terletak kira-kira 37 kilometer dari Rapid City.  Kesemua gambar yang saya kongsikan di bawah ini ialah pemandangan semasa di dalam perjalanan naik ke Mount Rushmore.


 Kebiasaanya saya tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar kenderaan polis di setiap bandar yang dilawati. Selain itu trak bomba, ambulan, polis bermotosikal turut menjadi perhatian saya.

Keadaan rumah yang amat menyedihkan.

Saya pernah melihat rumah-rumah kontena seperti ini di pedalaman negeri New Mexico beberapa tahun lalu.

Melintasi landasan keretapi dari jejantas.

Perkataan Crazy Horse jika dialih kepada bahasa Melayu?


Patung gergasi.

Taman yang menempatkan banyak haiwan reptilia. 

Muzium dinosaur.

Antara beberapa lagi tempat menarik yang sesuai untuk dilawati oleh setiap peringkat umur.

Bear Country U.S.A ialah Taman Hidupan Liar Pandu Lalu yang terletak di Black Hills. 

www.bearcountryusa.com

Beruang ialah antara binatang yang terdapat di Bear Country U.S.A.

Dapat dilihat pelbagai pilihan tempat penginapan yang ada di sepanjang perjalanan tetapi tidak semua dibuka sepanjang tahun.

"Old MacDonald had a farm, E-I-E-I-O..". Saya pasti ramai yang mengenali bait lirik lagu kanak-kanak ini. Ia bersesuaian dengan ladang ternakan yang diberii nama Old MacDonal's Farm yang terletak di Black Hills. Ladang ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang ingin mendekati haiwan ternakan dengan lebih dekat.

www.oldmacdonaldsfarmrc.com
National Presidential Wax Museum menempatkan patung-patung lilin bekas Presiden Amerika Syarikat.
www.presidentialwaxmuseum.com

Peronda lebuhraya sedang menjalankan tugas.

Sudah mula memasuki kawasan Tugu Peringatan Mount Rushmore.

Nama jalan bersempena dengan pemahat arca hebat Mount Rushmore.

Sejarah pemahat arca Gutzon Borglum diceritakan di atas papan tanda diletakkan di bahu tidak jauh dari pintu masuk ke Tugu Peringatan.

Hampir tiba di Mount Rushmore.

Beberapa tempat menarik yang saya nyatakan di atas tidak dibuka setiap hari sepanjang tahun serta waktu lawatan juga berbeza mengikut musim. Justeru pelawat digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang masing-masing.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment