Wednesday 24 February 2016

Pulau Sentosa Singapura Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sentosa ialah sebuah pulau resort di Singapura yang begitu terkenal sehingga membawa puluhan juta pelancong datang setiap tahun. Kunjungan saya ke Pulau Sentosa pada awal bulan lalu adalah kerana membawa anak saudara yang belum pernah ke sini walaupun beliau sudah dua kali bercuti di Singapura. Terdapat beberapa cara untuk datang ke Sentosa manakala kami memilih untuk menaiki MRT, kemudian turun di stesen Harbour Front dan seterusnya mengambil perkhidmatan monorel Sentosa Express di VivoCity.


Stesen Sentosa terletak di VivoCity (Level 3). Bayaran yang dikenakan untuk menaiki Sentosa Express bagi seorang dewasa ialah SGD 4. Saya tidak membayar tambang di kaunter sebaliknya menggunakan pas bermusim EZ-Link yang sudah ditambah nilai (ia boleh digunakan untuk menaiki mana-mana keretapi dan bas awam di Singapura).

Empat buah stesen yang terdapat di dalam pulau ini.


Peta percuma boleh diperolehi di kaunter penerangan di bahagian luar stesen Sentosa.


Stesen Imbiah.


 Merlion merupakan ikon bagi Singapura dan semestinya ia menarik pelancong untuk melihat dengan lebih dekat serta bergambar dengannya.


Muzium patung lilin terkenal dunia, Madame Tussauds.


Patung yang diletakkan di pintu masuk ialah penyanyi antarabangsa Lady Gaga. Saya pernah melawat ke Madame Tussauds di Las Vegas, Hong Kong dan Sydney tetapi melihat patung Lady Gaga ini saya merasakan ianya seperti tidak asli.


Imbiah Lookout.


Pemandangan ini dilihat dari Imbiah Lookout.


Kaunter tiket kereta kabel.


Kedai cenderamata.


Mengambil pakej Skyline Luge di mana kami dapat mencuba aktiviti luar yang menyeronokkan. Luge adalah seperti kenderaan go-kart tetapi tidak berenjin. Brek tangan sahaja yang memainkan peranan penting kerana laluan yang bakal diambil adalah menuruni bukit.


Pengguna Luge diberi pilihan samada ingin memilih laluan Jungle Trail atau Dragon Trail yang panjang kedua-duanya berjumlah 1.2 km.


Selesai dengan aktiviti Luge, kami terus menaiki kerusi buaian berkabel (skyride chairlift).


Gambar dirakamkan semasa kerusi buaian ini berada di puncak paling atas. Anda dapat lihat dengan jelas Singapura dari sini. Perjalanan kami berakhir di tempat yang sama di mana kami memulakan aktiviti Luge.


Gambar kandid yang dirakamkan oleh kakitangan Skyline Luge.


Perkataan SENTOSA ini diletakkan di sebelah stesen Imbiah.

Skyline Luge hanya mempunyai tiga buah cawangan. Selain di Singapura ia turut terdapat di Kanada dan New Zealand. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pakej manakala harga gambar kandid yang dirakamkan melalui kakitangan Skyline Luge perlu dibayar berasingan. Untuk maklumat lengkap mengenai Pulau Sentosa dan Skyline Luge, sila layari laman sesawang di bawah ini;
http://www.sentosa.com.sg/en/
http://www.skylineluge.com/luge-singapore/skyline-luge-sentosa/

Bahagian 2 bagi entri Pulau Sentosa akan disiarkan sedikit masa lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment