Sunday 21 December 2014

Memperingati Mangsa Insiden Tebusan Di Sydney

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Insiden tebusan yang berlaku di Martin Place, Sydney pada minggu lalu masih menyentuh perasaan saya sehingga ke hari ini. Adalah amat memilukan apabila mengenangkan mereka yang tidak bersalah turut terbunuh. Tori Johnson dan Katrina Dawson merupakan 'hero' negara kerana mempertarungkan nyawa masing-masing semata-mata untuk melindungi rakan serta pelanggan yang terperangkap dari ditembak oleh lelaki bersenjata di dalam kedai coklat/ kafe Lindt.

Tidak perlu saya bercerita panjang mengenai insiden ini kerana saya pasti berita ini tersebar di serata dunia. Apa yang ingin diulaskan ialah, saya dan juga seluruh rakyat Australia menentang keras segala bentuk kekejaman, kekerasan dan keganasan yang bakal atau telah berlaku di dalam dalam negara ini. Kami mahukan kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan negara akan terus kekal selamanya.

Pelarian seperti Man Haron Monis (dalang di dalam kes tebusan yang ditembak mati) atau mereka yang mempunyai persamaan sifat atau gaya hidup seperti beliau sebenarnya tidak layak tinggal di Australia. Beliau bukan sahaja memburukkan imej Islam sedunia yang memang sentiasa dicalar oleh umat Islam sendiri (akibat dari perang saudara sesama Islam ataupun ajaran sesat) malah tidak pernah bersyukur dan tidak menghargai negara kedua yang memberikan peluang kehidupan baharu selepas beliau lari dari Iran.

Dua hari selepas insiden tersebut, saya singgah di kafe Lindt cawangan Melbourne untuk menghormati dan memperingati mangsa yang terkorban iaitu Tori dan Katrina. Berpuluh-puluh jambak bunga serta kad ucapan takziah turut diletakkan di hadapan kafe oleh orang ramai.


Lindt cawangan di Melbourne.

Sebak melihat puluhan bunga-bunga ini.

Suami mengambil kesempatan menyusun beberapa jambak bunga.

Berpeluang membaca kad ucapan takziah.

Antara beberapa kad dan nota ucapan yang dapat saya rakamkan gambarnya.

Hero negara - Tori dan Katrina.

Dua gambar di atas dirakamkan semasa kunjungan saya dan suami ke Sydney pada tahun lalu. Tempat yang kami berdiri di Martin Place ini adalah berhadapan dengan kedai coklat Lindt di mana terjadinya insiden tebusan pada 15 Disember 2014.


Rest In Peace - Tori Johnson & Katrina Dawson.

#lindtcafe #sydneysiege #martinplace #remembering #victim
restinpeace #rip #flowers #memory #tributes #oneweek
#oneaustralia #peace #prayforsydney
#Illridewithyou #oneaustralia #australianspirit




No comments:

Post a Comment