Thursday 26 September 2013

Kapal Terbang Qantas Airways A380 (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya kongsikan dengan para pembaca beberapa gambar semasa saya dan suami kerap menggunakan pesawat komersial terbesar dunia iaitu A380 milik Qantas Airways dalam penerbangan antarabangsa khususnya dari Amerika Syarikat ke Australia dan sebaliknya.

Gambar-gambar di bawah dirakamkan di dalam penerbangan Qantas Airways kelas perniagaan. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana faktor lampu kabin yang malap (penerbangan malam) dan hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja.

Tempat duduk bagi penumpang kelas perniagaan terletak di tingkat atas iaitu di upper deck.

Gambar atas : Menu.

Gambar bawah : Hidangan utama.

Minuman teh panas dan coklat. Hidangan pencuci mulut dan snek ringan tidak sempat dirakamkan gambarnya.

Gambar atas : Tangga turun dari kelas perniagaan (upper deck)  menuju ke kelas pertama (main deck). Pintu kecil seperti gambar di atas ialah pintu untuk masuk ke dalam kokpit.

Gambar bawah :  Gambar dirakamkan dari kelas pertama (main deck). Tangga ini adalah untuk naik ke kelas perniagaan (uppper deck).

Gambar atas : Kaunter layan diri yang menyediakan hidangan dan minuman ringan. Penumpang kelas perniagaan boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja,

Gambar bawah : Lounge atau tempat beristi rehat bagi penumpang kelas perniagaan. Selain kerusi panjang, terdapat juga tempat untuk mengecas komputer riba, himpunan koleksi majalah dan televisyen.

Gambar sebelum mendarat.


2 comments: