Tuesday 30 July 2013

Qantas Heritage Collection (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Qantas Heritage Collection merupakan pameran sejarah tetap yang terletak di Lapangan Terbang Domestik Sydney di Terminal 3.
Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 9.30pagi sehingga 4.30petang.


 

Qantas Heritage Collection yang terletak berhampiran pintu berlepas nombor 13 (Gate 13).

Gambar atas : Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam pameran ini.

Gambar tengah dan bawah : Terdapat banyak gambar dan poster diletakkan di dinding di sepanjang tangga dari tingkat bawah hinga ke tingkat atas.





Di luar pintu masuk.

Ucapan selamat datang dari Ketua Pegawai Eksekutif Qantas iaitu Alan Joyce.





Gambar kiri : Beg perjalanan Qantas.

Gambar kanan : Kerusi rotan adalah jenis kerusi yang pertama digunakan di dalam pesawat.

Gambar bawah : Dekorasi bumbung di dalam bilik pameran.

Selimut ini yang coraknya menggambarkan sejarah atau perkembangan Qantas dari dahulu hingga sekarang.

Gambar atas : Pengasas Qantas iaitu Hudson Fysh dan Paul McGinness.

Gambar tengah : Pengerusi pertama Qantas, Sir Fergus McMaster.

Gambar bawah : Jurutera Arthur Baird.



Gambar atas : (Kiri) Penyanyi Frank Sinatra tiba di Sydney dengan pesawat Qantas pada tahun 1961. (Kanan) Pelakon British, Rex Harrison telah menggunakan penerbangan Qantas dari Rome ke London pada tahun 1962.

Gambar tengah : Qantas telah menyediakan penerbangan khas membawa anak-anak yatim mangsa perang Vietnam untuk dibawa ke Australia pada tahun 1975.

Gambar bawah : Pakaian seragam Qantas untuk musim sejuk.

Gambar paling atas : Qantas menerima kapal terbang B747B pada tahun 1971.

Banner atau kain rentang digantung bagi memberikan gambaran fotografi yang jelas dengan menunjukkan kemuncak kegemilangan Qantas sejak dari tahun 1920 sehinnga terkini.

Banner atau kain rentang digantung bagi memberikan gambaran fotografi yang jelas dengan menunjukkan kemuncak kegemilangan Qantas sejak dari tahun 1920 sehinnga terkini.


Banner atau kain rentang digantung bagi memberikan gambaran fotografi yang jelas dengan menunjukkan kemuncak kegemilangan Qantas sejak dari tahun 1920 sehinnga terkini.

Kapal terbang A380 milik Qantas Airways yang pertama telah dinamakan dengan nama "Nancy Bird". Ia adalah satu penghargaan terbesar untuk mendiang Nancy Bird-Walton, yang mengikut sejarahnya merupakan wanita pertama Australia yang memiliki lesen juruterbang pada usia 19tahun. Semasa Qantas Airways menerima kapal terbang pertama A380 pada tahun 2008, mendiang Nancy dijemput untuk merasmikannya malah berpeluang duduk di dalam kokpit pesawat.

Untuk melihat koleksi pakaian seragam kaki tangan kabin Qantas Airways yang bertukar mengikut peredaran tahun, nantikan selepas ini.

No comments:

Post a Comment