Wednesday 16 January 2013

Francais McDonald's Pertama Dunia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Perniagaan ini bermula pada tahun 1940 dan restorannya dibuka oleh dua orang adik beradik yang bernama Richard dan Maurice McDonald's di San Bernardino, California.Pada tahun 1955 francais pertama McDonalds telah dibuka di Des Plaines, Illinois. Des Plaines terletak tidak jauh dari Chicago dan oleh kerana itulah kami mengambil peluang untuk datang ke sana.

Francais McDonald's pertama dunia dan kini dijadikan muzium yang terletak di Des Plaines, 19 batu dari pusat bandar Chicago.
Gambar atas : Papan tanda ini di ambil dari restoran pertama di San Bernardino.

Gambar bawah : Waktu lawatan ke muzium ini. Malangnya kami datang bukan pada hari yang ditetapkan.
Oleh kerana tidak dapat masuk ke dalam, saya cuba fokuskan kamera dengan lebih dekat lagi.
Beginilah rupa sebenar restoran McDonald's pada waktu dahulu.Cuba anda lihat menu serta harga yang ditawarkan, sungguh murah sekali!
Gambar atas & tengah : Pandangan restoran dan muzium dari sisi yang lain pula

Gambar bawah : Tong tempat menyimpan air minuman
Di hadapan francais McDonald's pertama di dunia iaitu di Des Plaines, Illinois.
Gambar atas : Bertembung dengan pelancong dari negara Jerman.

Gambar bawah : Di seberang jalan dari muzium terdapat restoran McDonald's yang betul beroperasi menjalankan perniagaan.
Di dalam restoran ini penuh dengan gambar dan cerita mengenai sejarah perniagaan McDonald's.
Poster dan barangan lama milik McDonlad's.
Mangkuk kertas, kotak dan beberapa lagi barangan lama McDonald's.
Buku manual McDonlad's dengan nombor siri 0001.
Gambar atas : Replika mini McDonalds.

Gambar bawah : Bangunan asal McDonald's pada zaman dahulu.
Bermacam-macam cerita dan gambar.
Pekerja McDonald's pada zaman dahulu.
Gambar atas : Mendiang Ray Kroc (kanan) - Pemuda yang membuka franchise pertama McDonalds di Des Plaines, Illinois.

Manakala di sebelah kiri ialah Fred L Turner yang pada ketika itu memegang jawatan pengerusi .


Gambar bawah : Mendiang Ray Kroc - Pemuda yang membuka franchise pertama McDonalds di Des Plaines, Illinois.

No comments:

Post a Comment