Friday 24 August 2012

San Francisco, CALIFORNIA (Bahagian 3)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

BERLIBUR DI SAN FRANCISCO DENGAN MENAIKI FERI

Oleh kerana tiket untuk ke lawatan ke Alcatraz Island telah habis dijual, maka sahabat baik suami iaitu Kak Elly telah memberi kejutan dengan menghadiahkan kami 2 keping tiket bersiar-siar dengan feri dan melalui bawah Golden Gate Bridge serta mengelilingi Alcatraz Island.

Cuaca pada hari itu sangat sejuk

Feri melalui bawah jambatan terkenal ini.

Mengelilingi Alcatraz Island sebanyak dua kali.

Cuaca dan suhu masih sejuk walaupun matahari terik.

Gambar kiri paling bawah : Pelabuhan San Francisco ( Port Of San Francisco).

Gambar kanan tengah : Saya sedang menunjukkan singa laut yang terdampar di tepi jeti.



FISHERMAN'S WHARF
Sekali lagi kami meronda-ronda di sekitar Pier 39 .

Gambar kanan paling bawah : Kami sungguh kagum dengan pelukis jalanan ini. Beliau boleh membuat poster pemandangan dengan menggunakan penyembur berwarna. Sekeping poster yang dijual hanya USD10 sahaja.

KEDAI / CAWANGAN SWENSEN'S PERTAMA DI DUNIA

Jujur saya katakan, saya tidak pernah menjadi pelanggan Swensen's baik di Malaysia ataupun di Singapura. Tetapi apabila berada di San Francisco, saya berjaya melawat ke kedai atau cawangan pertama Swensen's yang dibuka pada tahun 1948. Oleh kerana berpuasa,kami tidak dapat mencuba ais krim yang nampak begitu enak sekali.



Swensen's pertama di dunia terletak di persimpangan Union dan Hyde Street.

MASJID AL TAWHEED

Kami singgah di Masjid Al Tawheed di 1227 Sutter Street untuk membayar zakat fitrah.Hajat suami untuk menunaikan solat Asar di situ terbantut kerana keadaan dalaman masjid yang amat mengerikan. Mana tidaknya, di dalam masjid terdapat beberapa khemah seperti kem pelarian. Apabila suami membuka dompet untuk mengeluarkan sejumlah wang,semua mata memandang ke arah beliau seolah-olah mahu menerkam.
Selepas pembayaran dibuat,kami pun bergegas beredar dari masjid berkenaan.

Salah satu masjid di San Francisco.


LOKASI FILEM MRS DOUBTFIRE
Selepas ke lokasi pengambaran drama bersiri Full House, kami menjejaki pula lokasi pengambaran untuk filem Mrs Doubtfire (1993).
Maklumat yang diterima, atau rumah lakonan Mrs Doubtfire ialah di persimpangan antara Steiner dan Broadway Street. Apabila sampai di sana, kami terpinga-pinga mencari rumah tersebut sehinggalah seorang wanita di dalam kejiranan yang sama menunjukkan arah rumah tersebut. Tanpa ditanya wanita itu sudah mengagak kedatangan kami tentunya untuk bergambar di hadapan rumah "Mrs Doubtfire". :)

Lakonan Mrs Doubtfire di hadapan rumah mewah yang popular ini.
 
Selepas 19 tahun usia filem ini, akhirnya dapat juga saya lawati rumah Mrs Doubtfire.

JAPANTOWN
Jika Chinatown begitu sinonim di kebanyakan negara, Japantown juga terdapat kurang hebatnya di San Francisco.

Japantown di San Francisco.

Gambar kanan bawah : Terdapat papan tanda alih bahasa untuk rujukan pelancong.

Tugu yang memberikan maklumat sejarah kewujudan Japantown.

Pasaraya dan pusat membeli belah Jepun juga terdapat di sini

Pelakon Keanu Reeves dan Robin Williams telah meninggalkan tandatangan bukti mereka sudah pernah datang ke sini.

GOLDEN GATE BRIDGE
Hari terakhir di San Francisco barulah kami berpeluang menikmati dan bergambar bersebelahan Golden Gate Bridge dalam keadaan cuaca yang terang benderang.



Selamat tinggal San Francisco,semoga kita berjumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah. :-)

2 comments:

  1. Thank you Kak Elly for the wedding anniversary's gift :)

    Great walkabout around SFO dapat pergi original movie location too :)

    ReplyDelete
  2. Seronok sekali,dan dah datang few times pun masih belum puas berjalan

    ReplyDelete