Friday 24 August 2012

San Francisco, CALIFORNIA (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas meluangkan masa di Sausalito serta beberapa lokasi menarik untuk bergambar bersebelahan dengan Golden Gate Bridge, kami pulang ke pusat bandar San Francisco. Ketika perjalanan pergi kesemua kenderaan tidak dikenakan sebarang bayaran,tetapi sebaliknya ketika perjalanan pulang.


Gambar atas : Perjalanan pulang ke pusat bandar San Francisco.

Gambar bawah  : Jambatan ini berusia 75 tahun pada 27hb Mei (bersamaan hari ulang tahun suami saya).

Gambar atas : Cara lama - Plaza tol yang masih menggunakan khidmat juruwang seperti di Malaysia. Di Australia pun tidak menggunakan juruwang sebaliknya hanya menggunakan mesin otomatik.


THE CROOKEDEST STREET IN THE WORLD

Jalan yang paling bengkang bengkok di dunia terletak di Lombard Street.
Melalui lensa kamera saya mungkin anda tidak dapat melihatnya dengan jelas. Maka saya sertakan sekeping gambar yang saya ambil dari sumber google.

The Crookedest Street In The World
Jalan paling bengkang bengkok di dunia.

PAINTED LADIES

Painted Ladies ialah perkataan yang diguna pakai untuk perumahan yang berkonsep Victoria yang terletak di San Francisco. Walaupun terdapat lebih kurang 48,000 buah rumah seperti yang di nyatakan di atas, tetapi yang menarik perhatian pastinya di Alamo Square kerana kedudukannya yang membelakangkan bangunan tinggi / pusat bandaraya San Francisco. Pemandangan yang indah ini pasti dapat dilihat di mana-mana kedai cenderamata yang menjual poskad ataupun poster San Francisco.

Painted Ladies di Alamo Square.

MENJEJAKI LOKASI PENGAMBARAN DRAMA BERSIRI FULL HOUSE
Saya tergolong antara peminat drama bersiri Full House. Sebelum datang ke San Francisco, saya sudah membuat kaji selidik alamat dan lokasi rumah tempat pengambaran drama yang popular sejak dari tahun 1987 sehingga 1995 ini.

Nostalgia - Kesemua gambar di atas saya ambil dari sumber google. Para pelakon drama bersiri Full House berdiri di hadapan Painted Ladies di Alamo Square tempat yang saya bergambar tempoh hari.
Inilah rumah pengambaran drama bersiri Full House.Tangga rumah diikat dengan tali supaya orang ramai tidak duduk dan bergambar di atas tangga. Saya tidak menyangka sama sekali dapat menjejakkan kaki di hadapan rumah ini yang hanya saya lihat di kaca televisyen seawal umur saya 6 tahun.


FISHERMAN'S WHARF

Kembali bersiar-siar di Fisherman's Wharf

Singgah di Boudin Bakery untuk membeli roti bekalan untuk bekalan waktu bersahur.

Pier 39 yang sangat terkenal di kalangan pelancong.

ika di Melbourne, Australia terkenal dengan pengangkutan awam trem,begitu juga dengan San Francisco yang
di gelarkan Cable Car.
 

 BERBUKA PUASA DI BANG SAN THAI CUISINE
Berbuka puasa bersama dua orang sahabat suami dan anak-anak mereka di Bang San Thai Cuisine yang menyajikan hidangan halal dari negara Thailand. Sempena bulan puasa,pihak pengurusan restoran telah memberikan popiah, kurma dan minuman secara percuma untuk para pelanggan.

Antara hidangan yang kami pesan ialah sotong goreng dan ayam pedas.

Satay, itik panggang bbq, tom yam dan daging lada hitam.

Bergambar bersama Kak Elly,Kak Nooraini serta anak masing-masing, Suraya dan Ezra.


Bang San Thai Cuisine
791, O'Farrell Street 

San Francisco


Akan Bersambung.

4 comments:

  1. Bang San! A must if visit SFO. Takkan rugi nya :)

    ReplyDelete
  2. Salam, saya Nisaa, Malaysian student kat Indiana University Bloomington. Terjumpa sis punyer blog while searching for things to do in california. Saya ngan sorang kawan sy plan nyer nk g sana this summer and cadang nyer nk tumpang rumah any msian to jimat cost sbb ktorg student. Sis ada kenalan x kat sana? bley contact saya x sis? whatsapp +1812-750-0485. really do you could help us.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nisa : I'm so sorry tak dapat tolong you. Semua my friends yang tinggal di CA ialah American and mereka sekeluarga bekerja.

      Delete