Thursday 23 August 2012

Rachel, NEVADA / AREA 51 (Bahagian 1)

Assalamualaikum.w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebelum ini anda dapat melihat gambar-gambar perjalanan kami dari Reno menuju ke Rachel.Untuk keluaran kali ini pula saya membawa anda melihat perkampungan kecil yang bernama Rachel yang terletak begitu hampir sekali dengan AREA 51.

AREA 51
AREA 51 ialah pengkalan tentera Amerika Syarikat yang boleh dikatakan begitu rahsia (top secret) untuk orang awam mahu pun dunia.cSebenarnya pengkalan tentera begitu banyak di serata Amerika Syarikat tetapi di AREA 51 begitu berbeza sekali. Di sini tempat di mana tentera Amerika Syarikat melakukan pelbagai ujian/ujikaji dan eksperimen terutama yang melibatkan teknologi perang.
Lebih menarik perhatian dunia, AREA 51 ialah tempat penyimpanan alien/ UFO  yang jatuh ke bumi iaitu di  Roswell, New Mexico pada tahun  1947.

*sila klik di sini untuk melihat gambar ketika saya berada di Alien City (Roswell di New Mexico)
http://www.sharery.blogspot.com/2012/05/roswell-new-mexico.html

Tidak ada sesiapa yang dibenarkan memasuki kawasan rahsia AREA 51 ini kecuali yang berkenaan sahaja.Jika ada sesiapa yang cuba atau sudah memasuki sempadan AREA 51, tindakan keras akan diambil dan dipercayai mereka akan ditembak/dibunuh!

Walaupun AREA 51 begitu bahaya, tetapi setiap hari sepanjang tahun tidak kira malam atau siang hari begitu ramai pengunjung dalam dan luar negara datang ke sini untuk melihat dengan lebih dekat dan sekurang-kurangnya dapat menjejakkan kaki di sempadan AREA 51.
Ramai juga yang berkampung berhari-hari di sekitar Rachel semata-mata untuk melihat bermacam-macam objek (seperti kapal terbang atau jet pejuang tentera yang terbang terlalu rendah/sedang diuji) ,mahupun kejadian-kejadian aneh atau misteri (seperti objek terbang yang dipercayai seperti kapal UFO).

Semasa di Rachel,kami singgah di Little A'Le'Inn,yang menyediakan perkhidmatan motel dan mempunyai restoran dan menjual cenderahati bermotif alien dan AREA 51.
Little A'Le'Inn di ibaratkan seperti pusat khidmat pelancongan kerana setiap pelancong yang datang ke Rachel,pasti singgah di sini untuk mendapatkan maklumat bagaimana mahu ke sempadan AREA 51.
Gambaran lebih dekat lokasi AREA 51
 Hampir sampai di Rachel dan terdapat banyak papan tanda amaran "Low Flying Aircraft"
Melalui gambar di atas,anda dapat melihat kampung kecik yang bernama Rachel (di sebelah atas kanan gambar)
Sayang sekali papan tanda lebuhraya yang kami lalui untuk sampai ke Rachel ( Extraterrestrial Highway ) sudah dirosakkan oleh pengunjung

Semasa di Rachel,kami singgah di Little A'Le'Inn, yang menyediakan perkhidmatan motel dan mempunyai restoran dan menjual cenderahati bermotif alien dan AREA 51.
Little A'Le'Inn di ibaratkan seperti pusat khidmat pelancongan kerana setiap pelancong yang datang ke Rachel,pasti singgah di sini untuk mendapatkan maklumat bagaimana mahu ke sempadan AREA 51.

Pemandangan dari luar  Little A'Le'Inn
Little A'Le'Inn yang bermotifkan alien dan UFO
Sungguh kreatif - Papan tanda tempat meletak kereta (Self Parking) yang berlogo kan UFO
Gambar atas : Kereta Chevrolet lama

Gambar bawah : Batu yang dihias seperti kepala alien
Gambar atas : Lori milik Little A'Le'InnGambar bawah : Poster seolah-olah alien yang memberi amaran dilarang merokok
Di dalam restoran Little A'Le'Inn : Pengunjung boleh membeli cenderahati,buku dan baju-t
Gambar atas : Gambar-gambar penemuan UFO dilekatkan di dinding

Gambar bawah : Terdapat banyak filem dan drama yang memilih
Little A'Le'Inn sebagai lokasi termasuk filem alien yang bernama Paul

Filem Paul yang memilih Little A'Le'Inn sebagai salah satu lokasi utama
Objek aneh yang terbang berlegar-legar di sekitar Capitola ,California pada 16hb Mei 2007
Gambar atas : Objek aneh yang terbang di langit.Gambar dirakamkan ketika wanita ini sedang memancing

Gambar bawah : Objek dipercayai UFO yang kelihatan di Albuquerque,New Mexico, Amerika Syarikat
Gambar atas : Kebiasaanya restoran Little A'Le'Inn ditutup pada jam 10 malam.Tetapi ianya dibuka selama 24jam setiap minggu pada hari Jumaat dan Ahad sementelah ramai pengunjung yang bermalam di situ

Gambar bawah : Kami terpaksa menempuhi hujan lebat,guruh dan kilat semasa dalam perjalanan pulang ke Las Vegas

Hajat untuk ke menjejakkan kaki ke sempadan AREA 51 tidak kesampaian kerana hari sudah lewat.
Semasa dalam perjalanan pulang ke Las Vegas, di dalam kepekatan malam dan hujan yang lebat, kami bertembung dengan beberapa buah kereta pacuan empat roda berwarna putih,bercermin gelap dan sepuluh buah bas persiaran berwarna putih tanpa nama dan bercermin gelap yang kami pasti penumpang di dalamnya ialah tentera Amerika Syarikat yang dalam perjalanan menuju ke AREA 51.
Mustahil bas berkenaan ialah bas pelancong kerana jalan ke AREA 51 bukannya lebuhraya utama yang biasa untuk pengguna jalanraya.

Lagi satu kejadian aneh yang dapat kami rasai ialah kilat tiruan yang sedang dilakukan oleh tentera Amerika pada malam tersebut.
Semasa dalam perjalanan pulang dari Rachel ke Las Vegas memang kami menempuhi hujan lebat, kilat dan guruh. Setelah sudah jauh meninggalkan Rachel,hujan dan guruh pun sudah berhenti yang tinggal hanyalah hujan renyai-renyai sahaja. Lantas saya berfikir "mengapa kilat itu terjadi hanya setempat selama berjam-jam lamanya,sedangkan hujan lebat sudah berhenti?"

Menurut kata suami,yang mempunyai pengalaman dalam bidang ketenteraan, kilat itu dipercayai kilat tiruan (thunder claps).Ia adalah salah satu cara atau strategi dalam peperangan.

Dua minggu berikutnya, kami kembali lagi ke Rachel semata-mata ingin melengkapkan misi yang belum selesai iaitu ingin menjejakkan kaki di sempadan AREA 51. Nantikan beberapa keluaran akan datang (setelah lawatan kami ke San francisco) untuk sambungan AREA 51. Untuk maklumat lanjut  sila ke :
http://www.latimes.com/entertainment/la-mag-april052009-backstory,0,5104077.story

http://ufos.about.com/od/governmentconspiracyufos/p/area51.htm


http://www.washingtonpost.com/entertainment/books/annie-jacobsens-area-51-the-us-top-secret-military-base/2011/05/26/AGIZPLIH_story.html

http://science.howstuffworks.com/space/aliens-ufos/area-51.htm


4 comments:

  1. eid mubarak untuk acu dan azly::)) mana gambo raya?

    ReplyDelete
  2. sazsaz : Eid Mubarak. Semalam saya htr email kat acik yan,few hours before acik yan komen kat blog ni. under unitar,tp pagi tadi tgk failed.apa email baru? dan hari raya haritu saya ada sms cik yan guna nombor US,dapat tak?

    ReplyDelete
  3. AREA 51. camne plak Alien boleh kidnap credit card kat sana? Hehehehe If datang Las Vegas, Nevada. Be sure to visit Rachel. A unique Alien experience :)

    ReplyDelete
  4. Yes, we must go to Rachel again :)

    ReplyDelete