Wednesday 8 August 2012

Pertama Kali Menembak Di Las Vegas

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya tidak pernah terlintas sebelum ini untuk memegang senjata api yang sebenar,apatah lagi menembaknya. Di Amerika Syarikat terdapat banyak lapangan menembak yang memberi peluang untuk orang awam mencuba menembak dan memilih sendiri pelbagai jenis senjata api yang telah disediakan. Oleh yang demikian, suami telah membawa saya ke The Gun Store di Las Vegas untuk memberi saya peluang menembak.

The Gun Store
2900, E Tropicana Avenue
Las Vegas Nevada
89121
http://thegunstorelasvegas.com/


The Gun Store di Las Vegas bukan sahaja memberi perkhidmatan menembak tetapi juga menjual senjata api dan peralatan penjagaannya.
Di hadapan pintu masuk.
Di luar kedai The Gun Store.
Beberapa hari sebelum datang ke sini,hati saya begitu teruja kerana bakal melakukan aktiviti baru yang belum pernah saya cuba tetapi dalam waktu yang sama hati saya begitu berdebar-debar. Satu sahaja perkara yang merisaukan saya ialah takut terkejut apabila melepaskan das tembakan.
Jauh bezanya dengan suami kerana beliau cukup berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis senjata api.

Senyum dalam debaran.

Sedang diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengendalikan pistol jenis Glock 21.
Sedang menembak menggunakan pistol Glock 21. Agak berat dan letih untuk menghabiskan semua peluru.
Keputusan setelah selesai menembak menggunakan pistol Glock 21. Percubaan pertama yang agak memuaskan kerana saya dapat menembak tepat di bahagian kepala.
Ini pula keputusan menembak dari suami. Sasaran banyak pada nombor 10 dan 9.
Suami menggunakan senapang M16. 

Semasa pertama kali melihat dengan lebih dekat senapang M16 ini hati saya bertambah berdebar kerana senapang ini begitu besar sekali. Soalan pertama yang berlegar di kotak fikiran ialah adakah saya mampu melepaskan tembakan dengan baik sekali?


Sekali lagi saya diajar cara menggunakan senapang M16. Warna merah jambu dikhaskan untuk penembak wanita.

Bergambar bersama kertas sasaran tembakan saya.

Kesimpulan selepas mengendalikan dua jenis senjata api:
Walaupun pistol Glock 21 kecil tetapi ianya agak berat dan terpaksa menahan lenguh tangan.
Senapang M16 pula walaupun ianya besar tetapi bahagian hujungnya boleh direhatkan di ketiak maka pengendaliannya begitu selesa sekali.


Masing-masing memegang kertas sasaran hasil menembak.

Harga pakej menembak di sini amat berpatutan apatah lagi jika membelinya secara online dan kami juga telah mendapat dua helai baju-t The Gun Store secara percuma. InsyaAllah di lain masa pasti kami akan kembali ke sini untuk menembak. :-)

No comments:

Post a Comment