Sunday 12 August 2012

Melawat Kilang Kapal Terbang Boeing Di Washington

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Kali ini saya membawa anda bersama-sama merasa pengalaman saya melawat ke kilang dan pengeluar kapal terbang utama dunia iaitu BOEING. Ia terletak di Everett, lebih kurang 30 minit pemanduan dari bandar Seattle di Washington.
Dari hotel kami menuju ke Everett. Jalan yang sama boleh ke Vancouver,Canada.
Saya dapat menjejakkan kaki melawat ke kilang Boeing dan melihat dengan lebih dekat proses pemasangan kapal terbang. Untuk maklumat anda, kilang ini telah diisytiharkan sebagai bangunan terbesar di dunia!

Gambar sumber dari Google. Bangunan terbesar di dunia ini boleh memuatkan 12 buah Eiffel Tower.
Cuaca pada pagi dan tengah hari itu agak mendung dan kualiti gambar yang saya rakamkan tidak berapa memuaskan.Walau bagaimanapun saya tetap mahu berkongsi dengan anda seberapa banyak gambar yang boleh di sini.
Bangunan utama Boeing. Di dalam bangunan inilah tempat pemasangan kapal terbang dijalankan.
Bangunan Future Of Flight, tempat di mana kami bakal menyertai Boeing Tour dan di sini terdapat mini muzium.

Gambar atas : Ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa.

Gambar bawah : Pelbagai model kapal terbang dicat di lantai yang bermula dari pintu masuk.

Gambar atas : Bendera dari negara yang menjadi pelanggan Boeing turut dipamerkan.

Gambar tengah : Jalur Gemilang turut mengambil tempat di situ.

Gambar bawah : Mini muzium terletak di tingkat bawah di dalam banguan Future Of Flight.
Kami telah membeli tiket Boeing Tour secara online dan waktu lawatan yang kekosongan ialah yang paling awal iaitu jam 9.00pagi. Boeing Tour berlangsung selama 90 minit merangkumi tontonan video dan memerlukan kami menaiki bas beberapa kali malah perlu berjalan kaki di bangunan bawah tanah serta naik dan turun anak tangga. Semasa lawatan ke dalam bangunan terbesar di dunia, kami sebagai pengunjung dilarang membawa kamera. 

Gambar sumber dari Google. Beginilah keadaan di dalam bangunan terbesar dunia, iaitu kapal terbang kilang Boeing.
  
Selesai 90 minit Boeing Tour, kami kembali ke bangunan Future Of Flight untuk melawat mini muzium pula.
Gambar atas : Pengunjung diberi peluang mereka model kapal terbang sendiri dengan menggunakan komputer yang telah disediakan.

Gambar bawah : Saiz sebenar ekor kapal terbang (Vertical Fin & Rudder) untuk model B747.

Enjin sebenar untuk model kapal terbang B787 Dreamliner.

Saiz sebenar untuk enjin model kapal terbang B787 Dreamliner.

Gambar atas : Badan kapal terbang (fuselage) model B787.

Gambar tengah : Fuselage untuk model B737.

Gambar bawah : 
Gambar tidak begitu jelas kerana dirakamkan di luar fuselage. Ia adalah sistem untuk auto pilot.

Gambar atas : Contoh kabin untuk pesawat peribadi B787.

Gambar tengah : Contoh kabin penumpang yang biasa.

Gambar bawah : Kokpit kapal terbang lama B727.

Dua jenis landing gear (tayar kapal terbang) yang berbeza saiz dan model.

Gambar atas : Kami dijemput untuk menyertai "Passenger Experience Research Center".

Gambar bawah : Kad jemputan seperti pas masuk pesawat (boarding pass).

Gambar atas : Anjung tinjau yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan Lapangan Terbang Paine Field.

Gambar tengah : Di belakang saya terdapat ratusan kapal terbang yang sudah siap mahupun masih dalam proses penyiapan.

Gambar bawah : Bangunan terbesar di dunia.



Gambar atas : Kelihatan kapal terbang dari United Airlines.

Gambar tengah : 
Kapal terbang B777 dari Thai Airways dan di kelilingi dengan kapal terbang yang masih belum dicat.

 Gambar bawah : Kapal terbang B747-800 Intercontinental berwarna oren dan LAN Airlines.

Gambar atas : Qatar Airways, Emirates dan All Nippon Airways.

Gambar tengah : Turut kelihatan All Nippon Airways dan Cathay Pacific.

Gamabr bawah : Pesawat baru model B787 untuk Air India.

Gambar atas :  Kapal terbang Japan Airlines.

Gambar tengah dan bawah : Barangkali ada di antara anda yang tidak pernah melihat kapal terbang ini. Ia adalah model Boeing 747 LCF Dreamlifter dikhaskan untuk kegunaan kargo. Hanya ada empat buah sahaja di dunia dan saya bertuah kerana dapat melihat salah satunya di sini semasa pesawat ini berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Paine Field.

Kedai menjual barangan dari Boeing. Konsep kedai bercirikan seperti di dalam kapal terbang dan di lapangan terbang. Slogan "If it's not Boeing, I'm not going" sering diucapkan apatah lagi bagi mereka yang bekerja dengan Boeing.

Gambar atas : Boeing Store yang terletak di dalam bangunan Future Of Flight.

Gambar tengah : Rambang mata melihat cenderahati dari Boeing.

Gamba bawah : Suami sudah mula menerbangkan pesawat sejak dari umur 14 tahun, bermula dari sekecil-kecil pesawat sehinggalah yang paling besar iaitu B767. Seperti apa yang ditunjukkan oleh suami, model kapal terbang B767 kesayangan beliau.

Masih di dalam bangunan Future Of Flight.

Gambar atas : Berdiri bersebelahan dengan gambar mendiang Bill Boeing.

Gambar bawah : Sejarah kehidupan Bill Boeing.

Sempat lagi bergambar sebelum meninggalkan bangunan Future Of Flight yang kami habiskan masa selama 6 jam di sini.

Gambar atas : Suami mengimbau kenangan masa lalu dengan melawat tempat latihan penerbangan beliau kira kira 13 tahun yang lalu.

Gambar bawah : Di sinilah tempat beliau mencuri masa untuk berehat daripada kesibukan dan keletihan semasa menjalani latihan penerbangan satu ketika dahulu.

Gambar atas : B787 yang belum diketahui dari syarikat penerbangan mana.

Gambar tengah : All Nippon Airways.

Gambar bawah : Pesawat All Nippon Airways model B787 baru berlepas untuk diuji (test flight).

Gambar dari sumber Google. Inilah Lapangan Terbang Paine Field di Everett, Washington. Anda boleh lihat di sebelah atas kanan, bangunan Boeing yang terbesar dunia dan kawasan sekelilingnya juga milik Boeing serta terdapat juga sekolah dan kolej penerbangan.
Gambar atas :  Matahari baru menjengah pada awal petang dan langit pun mulai cerah apabila kami dalam perjalanan untuk pulang.

Gambar tengah dna bawah : Cenderamata dari Boeing milik kami berdua.

Kapal Terbang MAS di Seattle, Washington
Seperti yang pernah saya ceritakan pada keluaran Terjemahan Hati sebelum ini, pada tahun 2004 semasa saya mengikuti kursus penerbangan di Malaysia Airlines Academy, kami sebagai anak kapal diajar serba sedikit mengenai sejarah kapal terbang. Kilang pengeluar kapal terbang utama dunia iaitu Boeing juga berpengkalan Seattle.
Sekali lagi saya ingin meluahkan rasa tidak percaya akhirnya dapat menjejakkan kaki dan berpeluang melawat kilang kapal terbang Boeing (World's Biggest Building) di Everett,Washington. Tambahan pula Boeing/MAS tempat saya mencari rezeki pada waktu dahulu. Bertambah gembira dan entah mengapa terasa sebak apabila dengan mata sendiri dan dari arah dekat, saya dapat melihat kapal terbang Malaysia Airlines B737-800 yang baru. Kapal terbang tersebut terletak di  Boeing Field - King County International Airport.

Satu minggu berikutnya, saya mendapat berita kapal terbang Malaysia Airlines B737-800 itu telah pun di bawa pulang ke Malaysia. Setidak-tidaknya saya dapat "merasmikan" dengan melihat terlebih dahulu sebelum rakan-rakan saya yang akan bertugas dengannya.

Gambar atas : B737-800 milik Malaysia Airlines terletak dua dari kanan.

Gambar bawah : Kapal terbang Malaysia Airlines (dua dari kiri gambar) yang terletak di Boeing Field - King County International Airport.

Gambar lebih dekat yang saya rakamkan. Kapal terbang Malaysia Airlines bersebelahan dengan kapal terbang American Airlines.

Saya rasa sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk datang ke Washington. Terima kasih kerana sudi bersama Terjemahan Hati serta membaca dan melihat gambar-gambar semasa saya melawat ke kilang kapal terbang Boeing ini. :-)Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

6 comments:

  1. cara-cara x da ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous : Seperti yang saya sebut di atas, kami dilarang membawa kamera semasa lawatan di dalam kilang pemasangan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Nurain Syamira Disim : Ya, boleh tambah pengetahuan untuk kita semua.

      Delete