Tuesday 3 July 2012

Cheyenne, WYOMING

Assalamualaikum w.h.t dan Salamat Sejahtera

Cheyenne ialah ibu negeri bagi WYOMING.
Perjalanan menaiki kereta dari Denver,Colorado ke Cheyenne mengambil masa lebih kurang 1jam 45minit.

Sudah menjadi kewajipan untuk mengambil gambar di papan tanda selamat datang di sempadan negeri
Jika disebut ibu negeri pasti kita membayangkan sebuah bandar yang pesat membangun dan lebih maju dari daerah-daerah lain di dalam negeri tersebut tetapi malang sekali tidak bagi ibu negeri Wyoming ini. Cheyenne yang dapat saya lihat dengan mata kasar ibarat seperti sebuah perkampungan kecil. Hanya bangunan pentadbiran kerajaan (State Capitol) sahaja yang nampak tersergam indah.

Bangunan pentadbiran kerajaan negeri (State Capitol) bagi negeri Wyoming yang terletak di ibu negerinya iaitu Cheyenne
Bangunan Wyoming Art Council
Berdiri di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan. Di lantai itu ditulis " Great Seal Of The State Of Wyoming".
Tuju memperingati pejuang yang bernama Chief Washakie
Tugu ini pula bagi memperingati wanita yang bernama Esther Hobart Morris
Di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri Wyoming
Selain dari bangunan pentadbiran kerajaan negeri, sebuah lagi bangunan yang menjadi tumpuan pelancong ialah Chayenne Depot Museum. Muzium ini banyak menceritakan sejarah kemasyhuran Cheyenne pada masa dahulu yang begitu terkenal sebagai pusat sehenti laluan keretapi di dalam Amerika Syarikat, malah bangunan muzium ini adalah bekas depot yang dimaksudkan.

Di hadapan Cheyenne Depot Museum
Melihat lama sesawang pelacongan negeri, Wyoming keseluruhannya mempunyai beberapa tempat tarikan pelancong yang membabitkan aktiviti luaran tetapi bagi pendapat saya tidak bagi Cheyenne. Selain dari dua bangunan yang menjadi tumpuan pelancong seperti yang saya ceritakan di atas, "sasaran" lain ialah untuk bergambar dengan beberapa replika kasut gergasi (boots).
Kasut gergasi berketinggian 8 kaki ini di letakkan di merata- rata dan sejarah Cheyenne serta Wyoming ada ditulis di atas kasut tersebut.







Frontier Days, perayaan atau pesta Rodeo (aktiviti lazim koboi seperti yang anda pernah lihat di kaca televisyen) tersenarai di dalam kalendar negeri Wyoming. Sila lawati laman sesawang ini untuk maklumat dan penerangan yang lebih jelas. 

http://www.cfdrodeo.com/rodeo/event/530

Bergambar dengan kuda besi
Hari Ahad yang terlalu sunyi sehinggakan saya boleh berdiri di tengah jalanraya untuk bergambar berlatar belakangkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri
Singgah di Lapangan Terbang Cheyenne

Jika Denver saya masukkan senarai untuk kembali datang berkunjung buat kali kedua, tetapi kemungkinan besarnya tidak bagi Cheyenne.

No comments:

Post a Comment