Saturday 5 May 2012

Roswell, NEW MEXICO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Bandar Roswell di New Mexico yang populasi penduduknya seramai 48,366 orang (dikira sehingga tahun 2010) juga sangat popular dengan nama samaran Alien City.
Roswell juga adalah tempat kelahiran pelakon terkenal, Demi Moore.

Roswell, New Mexico
Mengapa digelar Alien City?
Pada 7hb Julai1947, dunia digemparkan dengan berita terhempasnya kapal angkasa UFO dan penemuan makhluk asing yang sehingga sekarang dipanggil Alien. Meskipun kejadian atau kemalangan itu berlaku di Corona, yang jauhnya 75 batu dari Roswell tetapi serpihan kapal angkasa yang terhempas telah dibawa dan beberapa siri siasatan keatasnya dijalankan di Roswell sekaligus bandar tersebut diberi nama samaran Alien City.

Tujuan utama pelancong datang ke Roswell pastinya untuk melawat UFO Museum and Research Center. Di sinilah disimpan kesemua bahan sejarah seperti keratan majalah, suratkhabar dan gambar-gambar mengenai UFO dan Alien sejak dari insiden yang berlaku 65 tahun lalu.

Di hadapan pintu masuk muzium dan pusat penyelidikan UFO di Roswell
Beginilah bentuk dan rupa alien seperti yang dijumpai oleh Mac Brazel pada tahun 1947 di Corona

Antara gambar-gambar kapal angkasa UFO yang didakwa berlegar-legar di langit

Replika patung menunjukkan bagaimana badan alien di penuhi dengan kecederaan semasa ia dijumpai oleh Mac Brazel


Bergambar di dalam studio alien

 Keunikan Roswell yang barangkali tidak ada di tempat lain ialah bandar ini dipenuhi dengan "penduduk alien".

Saya mengambil peluang untuk menangkap gambar Alien yang begitu banyak "bersiar-siar" di situ. :-)

Alien berada di hadapan hotel,KFC dan di atas jalanraya
Kepala Alien di tepi pagar malah restoran Mc Donalds direka menyerupai kapal angkasa Alien
Sebelum pulang, sempat saya singgah dan bergambar di hadapan bangunan mahkamah kerana kagum akan kecantikan seni binanya.


Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke Farmington, New Mexico kami terpaksa menempuh ribut pasir (sand storm). Angin yang sangat kuat memperlahankan kesemua kenderaan pada ketika itu.

Ribut Pasir
Tidak lama selepas selesai kejadian ribut pasir, sekali lagi perjalanan pulang kami diduga. Melihat langit (seperti gambar di bawah) yang rendah dan gelap membuatkan kami merasa cuaca buruk menunggu di hadapan.
Memberhentikan kenderaan di hentian rehat, kami memeriksa ramalan kaji cuaca di laman sesawang.
Ya, benarlah seperti yang disangka, ribut salji (snow storm) pula akan berlaku. Tidak mahu mengambil risiko, kami meneruskan perjalanan dengan berhati-hati dan terpaksa bermalam semula di Albuquerque.

Tanda awal ribut salji akan berlaku
Keesokkan harinya,kami bergerak pulang ke Farmington, New Mexico. Untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,kami mengelak menggunakan laluan biasa ( tanah tinggi dan bergunung ganang) sebaliknya memilih laluan lain yang keadaannya jalan raya nya lebih mendatar.

Pemandangan semasa dalam perjalanan dari Albuquerque ke Farmington
Siapalah kita yang boleh menghalang cuaca buruk dari berlaku. Kami terpaksa juga menempuh hujan salji yang turun dengan lebat sehingga pada suatu ketika jarak penglihatan sangat minimum antara kereta kami dengan kereta di hadapan.

Dari jauh sudah kelihatan salji akan mula turun
Salji turun dengan lebatnya

Hampir tiba di Farmington, New Mexico

Pelbagai rintangan ditempuhi, akhirnya kami selamat pulang ke Farmington.

8 comments:

  1. wow.. best nya berjalan jauh ya, jauh jalan luas pandangan. berapa lama lagi kat new mexico tu?

    bila hujan/salji: baca doa ni. "Ya Allah, jadikan lah air hujan/salji ini sebagai air yang mengairi laut,sungai,gunung,bukit, ladang,kebun dan jgn lah ia memudaratkan kami" insya Allah selamat dari bencana air.

    ReplyDelete
  2. sazsaz : Cik Yan,ye sangat bersyukur kerana dapat melihat tempat orang,yang mana baik diambil iktibar,yg tidak baik dijauhkan.Memang pengalaman begini amat berharga sgt2.Syukur Alhamdulilah.
    Terima kasih atas doa itu,insyaAllah akan dipraktiskan ;)

    ReplyDelete
  3. bila baca ni, teringat cerita bersiri Roswell yang dulu sangat diminati :)

    ReplyDelete
  4. bytecode : Cik B,kita pulak minat X Files :)
    Dalam museum ni memang ada gambar/poster dan cerita mengenai drama bersiri Roswell dan X Files. Ada ambil gambar but tak publish kat sini je :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi pengalaman di NM, teruja tengok gambar keindahan alam di sana. ;)

    ~KC~

    ReplyDelete
  6. KC : Sama2.Nantikan post yg seterusnya :)

    ReplyDelete
  7. Pengalaman ini pasti tidak dapat dilupakan. Yang membacanya pun cukup teruja apatah lagi awk yg merasai pengalaman ini sdiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sima : Best! Tak pernah jemu datang sini. Pengalaman yang amat berharga dan banyak yang kita belajar.

      Delete